Kuching | Ahad | 9 April 2023
Petang ini, menghadiri Majlis Pelancaran Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak dan Liansin 2023 anjuran Federal Sarawak Journalist Association (FSJA) dan Liansin Trading Sdn Bhd.
Turut hadir menjayakan adalah Ketua Biro BERNAMA Sarawak, En. Hamdan Ismail dan Pengarah Urusan Liansin Trading Sdn. Bhd. En. Junaidi Ali.
Dalam ucapan ringkas kamek, media sentiasa menyumbang kepada masyarakat melalui sumbangan bertulis dan kali tok sumbangan yang diberikan adalah berupa semangkuk bubur lambuk.
Rakan-rakan media adalah satu pasukan yang menyumbang bakti kepada masyarakat bukan sahaja melalui penulisan, namun jua melalui program-program CSR.
Dengan adanya program sebegini, kita dapat mengukuhkan hubungan yang lebih erat tanpa mengira latar belakang sesama kita.
Ini dapat menjalinkan kasih sayang serta memperkuatkan keharmonian dalam masyarakat, dan membantu mereka yang memerlukan.
Harapan kamek agar budaya tok tidak hanya berlaku pada bulan Ramadan, malah diteruskan dalam bulan-bulan lain agar ianya menjadi amalan kehidupan kita dalam membantu masyarakat.
Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan media dan penganjur yang telah menjayakan program ini.
Sumber dari : Fadillah Yusof FB